Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

50 Pondok Isytihar Seru Sokong PAS

13229
SHARE


50 Pondok Isytihar Seru Sokong PAS

Oleh: Faris Mahfuz

Mantan Pengetua Pusat Pengajian Pondok Kandis, Tuan Guru Sheikh Wazir Che Awang menyatakan bahawa 50 institusi pondok yang ada di negeri Kelantan sepakat mendokong kepimpinan kerajaan negeri sekarang.

“Pada 9 Mei ini kita pakat pangkah bulan, usah hendak fikir panjang lagi.

“Adalah menjadi kewajiban kita sebagai seorang Islam kena sokong parti yang membawa wadah Islam.

“Saya juga berharap bekas-bekas pelajar pondok yang berada di luar hendaklah pulang pada 9 Mei ini bagi mempertahankan kerajaan negeri.

“Kita sebagai seorang Islam wajib kena undi parti Islam,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian di hadapan pimpinan kerajaan negeri dan 50 institusi pondok pada program ‘Ijtimak Pondok Kelantan 2018’ yang diadakan pada 21 April 2018 bertempat di Bachok.