Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V

1024
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia

Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang ke-51 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V, pada 11 November 2020 bersamaan 25 Rabiul Awwal 1442

Dipanjatkan doa kepada Allah SWT kesejahteraan, dilanjutkan usia dan senantiasa dalam keadaan sihat walafiat ke atas KDYMM Sultan Muhammad V dalam mentadbir negeri Kelantan Darul Naim dengan penuh kedaulatan serta dibawah bimbingan wahyu Ilahi.

Semoga Allah SWT memimpin Tuanku Sultan dengan taufik dan hidayahNya yang menjadi lambang kedaulatan Islam dan perpaduan masyarakat majmuk bagi negeri Kelantan.

‘Dirgahayu Tuanku’

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
11 November 2020 | 25 Rabiul Awwal 1442