Home Berita PAS Melaka

PAS bantu semua kaum – Ustaz Imran

595
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 11 Nov : PAS tetap membantu semua kaum sesuai dengan prinsip dan slogan PAS For All yang dipegang PAS selama ini, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Mssjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman.

Menurut Ustaz Imran, Islam sendiri menyuruh agar umat Islam sentiasa membantu sesama manusia tidak kira apa agama atau bangsa mereka.

“Kerana itu kita di dalam PAS akan sedia membantu semua rakyat yang susah tanpa mengira agama, kaum, atau pegangan politik.

“Namun sumbangan kami pada masa ini agak terhad dengan kemampuan kami yang terhad dan daripada duit sumbangan ahli-ahli PAS sendiri kerana buat masa ini kami tidak ada lagi wakil rakyat di Melaka,” ujar beliau.

Ustaz Imran berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) selepas menyampaikan sumbangan kepada wakil Persatuan Penggerak Komuniti India Parlimen Masjid Tanah, Ellan Goven di sini pagi tadi.

Sumbangan tersebut akan diagih-agihkan oleh persatuan ini kepada masyarakat India yang kurang berkemampuan di sekitar Masjid Tanah ini.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)