Home Artikel PAS Kelantan

Sambut baik projek lebuh raya diteruskan

153 views
SHARE

PASIR MAS: Kerajaan negeri menyambut baik hasrat kerajaan Persekutuan meneruskan pembinaan lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Azami Mohd Nor berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut kerajaan pusat akan meneruskan projek tersebut.

“Projek itu memberi banyak manfaat kepada rakyat bagi mengatasi kesesakan lalu lintas pada musim perayaan,” katanya selepas melawat projek empangan rendah di Kampung Parit Cina Salor semalam.

Ketika membentang Rancangan Separuh Penggal Malaysia ke-11, Tun Dr Mahathir memberitahu projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai akan diteruskan.

Projek itu sepatutnya dilaksanakan sejak 1986 namun tidak menjadi kenyataan sehingga kerajaan negeri berusaha sendiri membina lebuh raya Machang-Kuala Krai.

Berikutan kesungguhan kerajaan negeri akhirnya kerajaan pusat melaksana pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai bermula pakej Pasir Hor ke Kadok sejauh 12.5 km.

Jalan tersebut kini siap sepenuhnya. Manakala pembinaan dari Kadok ke Bukit Tiu, Machang masih dalam pembinaan.

Manakala dari Bukit Tiu ke Berangan Mek Nab sejauh 10 km dibina kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 23/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8481-sambut-baik-projek-lebuh-raya-diteruskan