Home Artikel PAS Kelantan

Unit kawalan tangani gejala sosial di kampung

35 views
SHARE

KOTA BHARU: Unit Kawalan dan Keselamatan perlu digerakkan di setiap kampung untuk menangani gejala negatif daripada terus menular.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, unit kawalan itu dapat mengurangkan aktiviti negatif daripada menular.

“Sudah ada kampung yang mewujudkan unit tersebut. Namun masih banyak lagi belum wujudkan. Unit tersebut dapat mengenal pasti kalau ada orang luar datang ke kampung mereka.

“Melalui kawalan itu gejala tidak sihat termasuk juga merompak, edar dadah atau jenayah lain dapat ditangani bersama penduduk,” katanya

pada program taklimat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan di sii semalam.

Taklimat itu disampaikan Pengarah AADK negeri, Rohayu Ahmad, diadakan di pejabat AADK, Menara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY 22/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8475-unit-kawalan-tangani-gejala-sosial-di-kampung