Home Artikel PAS Kelantan

Guan Eng didesak tarik balik kenyataan

159 views
SHARE

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS mendesak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk menarik balik kenyataan yang mendakwa Kerajaan Negeri Kelantan tidak ada duit untuk membayar gaji kakitangan awam.

Dato’ Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) berkata, dakwaan Lim Guan Eng kononnya mengatakan Kelantan tidak mempunyai duit untuk membayar gaji kakitangan ialah satu penghinaan kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS.

“Kita ahli parlimen pembangkang, dengan ‘standing order’ minta Lim Guan Eng menarik balik kenyataan tersebut kerana ada menyebut kerajaan negeri Kelantan tak ada duit bayar gaji kakitangan awam, ini satu penghinaan, tak pernah berlaku dalam Malaysia ini.

“Kalaupun kerajaan negeri itu kekurangan kewangan, meminta pinjaman daripada kerajaan pusat, itu perkara biasa, mana ada kerajaan negeri tak meminjam daripada kerajaan pusat,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Katanya, kerajaan BN sebelum ini juga memberikan pinjaman kepada negeri Kelantan namun tidak pernah menghina seperti ini.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan tersebut menghina kerajaan Kelantan dan semua kerajaan negeri yang meminjam dengan Kerajaan Pusat.

Namun begitu, ahli Parlimen pembangkang mendesak Lim Guan Eng sama ada di dalam atau luar dewan untuk menarik balik perkataan tersebut dan meminta maaf terhadap dakwaan yang dikeluarkan itu.

Tambahnya, sekiranya Menteri Kewangan tidak mengemukakan permintaan maaf dan tarik balik, kemungkinan akan dibuat satu usul supaya Lim Guan Eng dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya rasa bukan hanya terhadap penghinaan kerajaan negeri sahaja tapi seluruh rakyat negeri tersebut.

“Negeri Kelantan dapat pencapaian lima bintang indeks pengurusan kewangan 2015, perbadanan Menteri Besar Kelantan empat bintang, perbadanan ikhtisas negeri Kelantan 5 bintang, anugerah kecemerlangan sama 2016 ini pengurusan kewangan berhemah pada pandangan PAC,” katanya.

Tambahnya, kenyataan Guan Eng itu satu penghinaan dan salah kenyataan dan kenyataan memesongkan Dewan Rakyat. – HARAKAHDAILY 23/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8485-guan-eng-didesak-tarik-balik-kenyataan