Home Kenyataan Media PAS Melaka

Salam Kemerdekaan ke-64 PAS Kawasan Masjid Tanah

50
SHARE

SELARI dengan tema ‘Malaysia Prihatin’, sambutan pada tahun ini semestinya mempunyai intipati serta matlamatnya tersendiri yang menuntut semua pihak tanpa ada yang terkecuali untuk berganding bahu melawan Covid-19 daripada terus berleluasa.

Keprihatinan semua pihak untuk bersama antara satu sama lain memberi pengertian yang cukup besar sekaligus menyuntik semangat kita semua untuk terus maju kehadapan selaras dengan aspirasi serta pengertian semangat kemerdekaan itu sendiri.

Selain itu, apa yang penting yang boleh difahami daripada ayat ini adalah soal pergerakan sosial yang telah dileluasakan oleh Allah SWT merentasi jantina, bangsa dan keturunan.

Manusia dengan kudrat dan kemudahan yang ada boleh sahaja menjangkau sempadan negeri dan negara untuk saling hidup harmoni. Kebebasan yang tidak pernah dihalang oleh sunnatullah secara fizikal.

Manusia berhak untuk merdeka dan tidak dikuasai antara satu sama lain. Hal ini telah ditegaskan dan nota sejarah tidak pernah meninggalkan petikan ucapan bangsawan Arab Rib’i ibn ‘Amir ibn Khalid ibn ‘Amar al-Usaidi al-‘Amrawi al-Tamimi, salah seorang panglima tentera Islam dalam pembukaan Iraq di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin di bawah pimpinan Sa’ad bin Abi Waqqas R.A.

Ibnu Kathir dalam kitab sejarah yang masyhur, al-Bidayah wa al-Nihayah telah memotretkan ucapan rundingan ini dengan suatu penegasan yang penuh hikmah daripada Rib’i ibn Amir di hadapan Rustum, ketua tentera Parsi, iaitu:

“Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki daripada perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”

Di kesempatan ini juga, saya mewakili PAS Kawasan Masjid Tanah, ingin merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kabinet yang baru dilantik. Moga Allah pandu gerak kerja kalian dan dipermudah segala urusan pentadbiran.

Bersama kita bersatu hati dalam ‘KELUARGA MALAYSIA’ ini.

Siiru a’la barakatillah, selamat berkhidmat!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 64 dan Selamat Hari Malaysia

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
• Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah.
• Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka