Home Kenyataan Media PAS Melaka

Kenyataan media PAS Melaka | Satu lawan satu dengan PH untuk majoriti dua pertiga

158
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS MELAKA
SATU LAWAN SATU DENGAN PH UNTUK MAJORITI DUA PERTIGA

Masih segar lagi di ingatan dan di minda kita saat kita melalui era ‘bencana’ semasa berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 pada Mei 2018.

Politik Melayu-Islam yang terancam di bawah pemerintahan PH sepatutnya menjadi satu pengajaran yang bermakna buat semua parti-parti Melayu iaitu PAS, Umno dan Bersatu agar membina satu pakatan yang kuat bagi menentang mereka pada PRU-15 nanti.

Parti-parti Melayu tidak seharusnya mengambil risiko dengan menjadikan PRU-15 umpama ‘pusat perjudian’ dengan menggunakan prinsip ‘bertanding bersendirian dahulu, selepas keluar keputusan baru bincang tentang kerjasama’.

Prinsip ini jelas menggambarkan sikap mementingkan diri sendiri dengan mencuba nasib untuk membidik kemungkinan bagi memerintah bersendirian sekiranya parti mereka berjaya mendapat majoriti mudah dalam PRU-15.

Kita masih bernasib baik sekiranya dengan cara ini mana-mana parti politik Melayu samada PAS, Umno atau Bersatu berjaya juga membentuk kerajaan bersendirian. Yang kita bimbang ialah jika ia berakhir dengan tiada parti Melayu yang menang dan PH akan memerintah semula. Nauzubillah!

PAS meyakini bahawa konsep ‘Penyatuan Ummah’ dengan ketiga-tiga parti Melayu iaitu PAS, Bersatu dan Umno bertanding ‘satu lawan satu’ menentang PH adalah cara paling selamat untuk mengelakkan PH daripada memerintah semula.

Malah kita yakin bahawa dengan konsep ini, kita bukan sahaja mampu mengalahkan PH, malah kita akan dapat menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan yang kukuh.

Marilah kita sama-sama meletakkan kepentingan ummah lebih tinggi daripada kepentingan parti secara peribadi demi untuk menyelamatkan kuasa politik kita daripada diragut oleh PH untuk kali kedua. Kita tidak sanggup melaluinya sekali lagi.

Dalam Firman Allah SWT :

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” –Surah Al Imran 103

USTAZ ABU NAUFAL NORDIN
Ketua Penerangan PAS Melaka


21 Ogos 2022

#PASMelaka
#IslamMenyatukanUmmah

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH