Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan Hari Pekerja Pertubuhan Peduli Buruh Wanita Malaysia (PPBWM)

149
SHARE
Hajah Kintan Man, Pengerusi PPBWM

SELAMAT HARI PEKERJA

PERTUBUHAN PEDULI BURUH WANITA MALAYSIA (PPBWM) mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA 1 Mei 2023

Pekerja adalah nadi kepada pembangunan negara. Semua sektor pekerjaan, baik merupakan golongan profesional dan teknokrat mahupun para kolar biru seperti buruh kasar, nelayan, petani semuanya menyumbang, bahu membahu dalam memastikan keselamatan serta keharmonian negara tercapai melalui bidang pekerjaan.

Nilai-nilai murni seperti berintergriti, amanah, jujur, ikhlas, bertanggungjawab serta berakhlak mulia adalah ciri-ciri keperibadian unggul dalam memastikan pembangunan negara dapat dipacu dengan holistik dari segi fizikal, emosi, mental dan spiritual.

Keharmonian kaum serta kestabilan politik serta keselamatan negara adalah amat penting bagi meletakkan Malaysia sebuah negara kukuh lagi menarik pelaburan negara luar bagi merancakkan ekonomi sekaligus membina rakan diplomatik yang utuh.

Sektor pekerjaan merupakan antara sektor terbesar penduduk negara. Kerajaan sewajarnya meletakkan keutamaan kebajikan pekerja ditahap yang paling optima sejajar dengan komitmen dalam pembangunan negara

SELAMAT HARI PEKERJA

HAJAH KINTAN MAN
Pengerusi
Pertubuhan Peduli Buruh Wanita Malaysia (PPBWM)

 

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH