Home Berita PAS Kedah

Meriahkan kemerdekaan dengan sumbangan jalur gemilang

51
SHARE

Oleh NORJULIANA YAACOB

YAN, 30 Ogos : Meskipun dalam suasana negara masih dilanda wabak covid, namun semangat untuk menyambut kemerdekaan tidak pernah luntur.

Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit berkata, sambutan kemerdekaan ini sangat perlu bagi memastikan semangat sayang dan cinta akan negara tidak lenyap.

“Bagi menyuburkan semangat untuk menyambut hari merdeka, kita telah menyumbangkan bendera kepada kenderaan orang awam yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan Jerai,” katanya.

Menurut Ustaz Sabri, SJR yang terlibat ialah Tol Gurun; Kaki Bukit; Jalan Jenun dan SJR Singkir.

Selain menyerahkan bendera kepada orang awam YB Ustaz Sabri turut menyumbangkan bakul makanan kepada semua anggota yang bertugas di SJR berkenaan.