Home Kenyataan Media PAS Melaka

Kenyataan media DMPNM : Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan

104
SHARE

Assalamualaikum

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Semoga sentiasa istiqamah dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah.

Mariah kita bertasbih serta beristighfar di atas kemenangan yang telah dianugerahkan oleh Allah Al Mulk dalam Piluhan Raya Umum ke 15 ini.

PAS tampil memenangi kerusi terbanyak pada PRU ini mengalahkan semua parti lain termasuk DAP, PKR, apatah lagi UMNO

Satu pencapaian yang gemilang yang diberikan mandat kepercayaan oleh rakyat.

Alhamdulillah, kita mengucap syukur kehadrat Illahi yang membuka pintu hati pengundi untuk memberi undi kepada PAS-Perikatan Nasional bagi mentadbir negara.

Di Melaka, PAS memenangi dua Kerusi iaitu Parlimen Tangga Batu dan Parlimen Jasin.

Saya selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada semua petugas Muslimat dan Ameerah di semua peringkat.

Pelan tindakan yang berstrategi, tersusun rapi malah bekerja dalam satu jemaah yang utuh, jalinan kasih sayang serta keikhlasan mengharap semata-mata keredaan Allah menjadi asbab utama kemenangan.

Munajat yang diatur oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah, Ustazah Khadijah Mahmud secara tersusun rapi dan dapat dilaksanakan di setiap kawasan juga memberi impak besar kepada kemenangan.

Sesungguhnya kemenangan ini dianugerahkan oleh Allah kepada semua Muslimat yang tidak kenal penat lelah, berhujan berpanas, berkempen rumah ke rumah, berdepan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.

Syabas dan tahniah kepada Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPr) DMPNM, Puan Hajah Anida bte Haron.

Petugas Maya juga memainkan peranan yang amat penting, memerah minda menghasilkn ‘content’ yang hebat bagi memukau Minda Pengundi untuk Memilih PAS-Perikatan Nasional dalam PRU-15 ini.

DMPNM dilihat terkedepan dalam memuatkan laman sosial di Tik Tok, Fb dan Instagram, berjaya mempengaruhi pengundi muda untuk mengundi PAS PN ,

Team Penerangan yang diketuai oleh Puan. Hajah Hawa bte Yaakub dan Pengarah Ameerah telah berjaya menempatkan hantaran-hantaran yang luar biasa hebat di media sosial yang menjadi senjata perang siber kini.

Bilik Operasi adalah jantung pilihan raya.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua dan ‘Team Bilik Operasi’ di Parlimen Tangga Batu dan Jasin yang dipandu didik oleh Ketua Bilik Operasi JPr DMPNM, Cik Nur Azizah bte Salim.

Kemenangan adalah merupakan satu ujian. Amanah serta tanggungjawab yang perlu di galas oleh kita semua.

Saya dengan penuh yakin dan percaya bilamana kemenangan itu tulen, menepati prasyarat yang digariskan oleh Allah S.W.T, maka kepada Allah jualah kita memohon segala pertolongan, taufik dan hidayah.

Semoga PAS-Perikatan Nasional mampu merealisasikan MALAYSIA sebagai sebuah negara ‘Baldatun tyoibatun warabbun Ghafur..

HAJAH KINTAN BINTI MAN
Ketua
Dewan Muslimat PAS
Negeri Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH