Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Rumusan Lim Kit Siang Dangkal

1228
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 244/115
15 Rabi’ul Awwal 1440 | 23 November 2018

RUMUSAN LIM KIT SIANG DANGKAL

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan rumusan Lim Kit Siang mengenai negara umat Islam seluruh dunia yang meratifikasi ICERD adalah dangkal.

2. Lim Kit Siang dicabar untuk membuktikan mana-mana negara umat Islam di seluruh dunia yang mempunyai latar sejarah kemerdekaan dan kontrak sosial seperti Tanah Melayu, komposisi kaum utama hampir seimbang dan memperuntukkan satu peruntukan khas seperti Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Lim Kit Siang gagal memahami konsep asas sosio-politik pembentukan Malaysia sehingga mahu memaksa Malaysia mengikut falsafah dan acuan barat dalam amalan hak-hak asasi manusia.

4. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan secara khusus hak asasi rakyat atau kebebasan asasi individu seperti dalam Perkara 5 hingga Perkara 13.

5. Terdapat beberapa negara umat Islam yang meratifikasi ICERD dan membuat pengecualian (reservation) kepada beberapa artikel tertentu di dalam ICERD. Sebagai contoh, negara Arab Saudi membuat reservasi seperti berikut:

“The Government of Saudi Arabia declares that it will implement the provisions of the above Convention, providing these do not conflict with the precepts of the Islamic Shariah. The Kingdom of Saudi Arabia shall not be bound by the provisions of Article (22) of this Convention, since it considers that any dispute should be referred to the International Court of Justice only with the approval of the States Parties to the dispute.”

6. Lihat bagaimana pula Artikel 20 (2) dalam ICERD menjawab pengecualian tersebut;

“A reservation incompatible with the object and purpose of this Convention shall not be permitted, nor shall a reservation the effect of which would inhibit the operation of any of the bodies established by ths Convention be allowed. A reservation shall be considered incompatible or inhibitive if at least two thirds of the States Parties to this Convention object to it”

7. Pengecualian yang telah dibuat oleh Arab Saudi telah dibantah keras oleh beberapa negara seperti Austria, Finland, Germany, Norway, Spain dan Sweden.

8. Yemen juga membuat pengecualian antaranya Artikel 5. Pengecualian ini mendapat bantahan keras dari banyak negara antaranya Australia, Belgium, Canada, Denmark, Finland, France, Germany, Italy, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Sweden dan UK.

9. Mereka menganggap pengecualian tersebut melanggar matlamat asal ICERD.

10. Hal ini bermakna negara-negara umat Islam yang meratifikasi ICERD dan ICCPR khususnya telah terikat dengan konvensyen tersebut.

11. Kita tidak mahu kelak, negara juga bakal dikawal oleh kuasa luar untuk menentukan apa yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

12. Walhal, artikel-artikel yang terdapat dalam ICERD dan ICCPR banyak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

13. Satu soalan kepada Lim Kit Siang, adakah DAP mahu merombak Perlembagaan dan menghapuskan Perkara 153 khususnya?

Islam Memimpin

Sekian.