Home Artikel PAS Perlis

Sahut Cabaran Perubahan Demi Mencipta Kemenangan

138 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU: Seluruh kepimpinan serta ahli PAS perlulah memulakan satu pendekaran baru iaitu menyahut cabaran perubahan senario politik negara demi memastikan PAS terus relevan serta mampu mencipta kemenangan dalam PRU15 nanti.

Kejatuhan kerajaan Umno/BN menyaksikan berlakunya perubahan yang amat drastik dalam aspek politik ekonomi serta sosial masyarakat dalam negara apabila kerajaan PH memperkenalkan pelbagai dasar2 baharu dalam pentadbirannya.

PRU14 juga menyaksikan timbulnya pelbagai cabaran baharu yang perlu dihadapi oleh PAS khasnya yang berkaitan dengan agama Islam serta isu Ketuanan melayu.

Justeru kata Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr. Wan Nik Ngah Wan Yusoff, seluruh kepimpinan serta ahli PAS hendaklah memulakan satu pendekatan iaitu menyahut cabaran perubahan senarion politik negara, memastikan PAS terus relevan mendepani perubahan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden dan Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Negeri Perlis yang berlangsung di Balai Islam MADI, Arau, pagi tadi.

Mengulas lanjut, katanya, perkara itu boleh dicapai menerusi pendekatan yang berstrategi berpandukan kepada Islam serta gerak kerja yang bersungguh-sungguh oleh seluruh jentera parti di semua peringkat.

“Dalam prinsip mencipta kemenangan, kita mestilah bersandar kepada asas-asas berpolitik, yang telah digariskan oleh Allah S.W.T.

“Panduan-panduan yang telah Allah tentukan, hendaklah kita laksanakan di samping gerak kerja yang bersungguh-sungguh, dalam mencipta kemenangan.

Bunyanun Marsus

Memetik ingatan daripada Allah di dalam Surah As-Saff, beliau menegaskan seluruh jentera PAS hendaklah bergerak secara seiringan, bersesuaian dengan konsep ‘Bunyanun Marsus’.

Konsep ini menurutnya, akan menguatkan parti, mengelakkan perpecahan di samping melahirkan watak-watak petugas yang memiliki aqidah yang kukuh dan tidak mudah dibeli oleh musuh.

Selain itu katanya, sebagai persediaan menghadapi PRU15 nanti, setiap jentera hendaklah mula bekerja dari sekarang manakala petugas-petugas parti hendaklah dilatih secara berterusan di samping mempergiatkan lagi perkaderan parti.

“Jentera kita jangan matikan, jangan malapkan, jangan sekali-kali kita bubar, malah hendaklah kita perkasakan.

“Kepakaran setiap anggotanya mestilah diperkasakan dan diperkukuh di samping melatih petugas-petugas baru,” ujarnya.