Home Berita PAS Kelantan

Rakyat digesa sambut baik Fasa 2 PPN

11
SHARE
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KOTA BHARU, 7 Jul: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat mengesa seluruh rakyat Kelantan menyambut baik pengumuman Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Negeri Kelantan, bermula 5 Julai lalu.
Katanya, pelan fasa 2 ini akan mempercepatkan proses pendaftaran dan pemberian suntikan vaksin COVID-19 dalam kalangan rakyat Kelantan dengan memaksimumkan penggunaan semua Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) berpusat atau melalui PPV bergerak (outreach).
“Dengan penerimaan 438 ribu dos vaksin pada bulan ini, mudah-mudahan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok dapat direalisasikan segera,” katanya ketika ditemui di Kota Darulnaim, semalam.