Home Berita PAS Kelantan

PKPD Ladang Lepan Kabu, Kuala Krai

27
SHARE
KUALA KRAI, 5 Jul: PKPD pertama telah dikuatkuasakan di Kuala Krai sejak pendemik melanda negara ekoran Kluster Kampung Pahi yang diumumkan beberapa hari lepas.
Ia melibatkan satu kawasan dalam Mukim Pahi iaitu Berek Ladang Lepan Kabu A & B dan sebahagian kejiranan dalam Kampung Pahi (Kampung Badar). PKPD ini akan berkuatkuasa selama 14 hari, iaitu bermula 6 Julai sehingga 19 Julai 2021 ini.
Tengahari tadi Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff mengambil kesempatan meninjau persiapan operasi di lokasi PKPD bersama Timbalan OCPD Kuala Krai Tuan Kamarul @ Pak Chu dan Pegawai JKM Kuala Krai En. Rozaidi.
Beliau juga turut menyampaikan bantuan segera fasa 1 dalam bentuk bahan mentah untuk semua penghuni terlibat iaitu sebanyak 80 buah rumah merangkumi 344 penghuni. Bantuan ini seterusnya diagihkan dari rumah ke rumah oleh pihak APM dan Rela.
Pagi esok pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai (KRAiTiFF) akan menghantar bahan basah untuk semua penduduk yang terlibat.
Beliau turut mengambil kesempatan memohon agar semua penduduk yang terlibat dengan PKPD ini dapat mematuhi segala SOP dan arahan semasa Pihak Berkuasa dan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 ini daripada terus merebak ke kawasan lain.
Tambahnya lagi, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai (KRAiTiFF), Pusat Khidmat Adun Guchil, JKM dan agensi-agensi terlibat akan sentiasa memantau perkembangan semasa khususnya keperluan makanan untuk disampaikan kepada mereka sepanjang tempoh PKPD tersebut.