Home Artikel PAS Kelantan

Majlis Tindakan Air hadapi musim kemarau

52 views
SHARE

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mewujudkan Majlis Tindakan Air Jajahan (MTAJ) sebagai langkah menghadapi musim kemarau, bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Azami Mohd Nor ketika lawatan ke kilang paip di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Dato’ Azami Mohd Noor berkata, seramai 12 wakil rakyat dilantik mempengerusi MTAJ.

Menurutnya, kerajaan negeri bersedia untuk menghadapi situasi tersebut walaupun paras air sungai di Kelantan belum melepasi paras kritikal lagi sekarang.

“Jadi kalau timbul masalah mereka akan menyelesaikan masalah di peringkat jajahan terlebih dahulu, kalau tidak selesai boleh diangkat kepada negeri.

“Punca bekalan air AKSB didapati dari sumber sungai, air bawah tanah dan air tandak.

“Air sungai belum lagi mengalami kekurangan lagi tetapi kita bersedia dengan situasi kemarau sekarang,” katanya selepas taklimat langkah menghadapi musim kemarau di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 6/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10036-majlis-tindakan-air-hadapi-musim-kemarau