Home Berita PAS Kelantan

Program PICK Remaja dapat sambutan

10
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

KOTA BHARU, 23 Sept: Tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tunjong semalam mendapati, jumlah kehadiran golongan dewasa dan remaja diluar jangkaan bagi mendapatkan Vaksin COVID-19 sejak hebahan ‘walk in’ diumumkan.

Penyelaras PPV Tunjong Dr Muhammad Faiz Che Yaakob berkata, 200 orang hadir secara ‘walk in’ dan selebihnya 700 orang hadir melalui janji temu ke PPV.

Daripada jumlah tersebut, 400 remaja direkodkan.
“PPV di sini ‘diserbu’ remaja selepas agihan vaksin untuk individu remaja berusia 18 tahun dimulakan.

Mereka hadir ke PPV seawal pukul 8 pagi, untuk mendapatkan giliran suntikan dan golongan remaja yang hadir perlu mengisi borang persetujuan diri dan ibu bapa atau penjaga sebelum proses suntikan dilakukan”, katanya ketika ditemui di sini.

Terdahulu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Kebangsaan telah dimulakan secara rasmi pada Isnin dan menyasarkan remaja berusia 17 dan 18 tahun di seluruh negeri.