Home Kenyataan Media PAS Melaka

Kenyataan media| PAS Melaka bantah judi

114
SHARE

Kenyataan Media
PAS MELAKA BANTAH JUDI


PAS Melaka bersoladariti membantah pada dasarnya isu judi yang dibangkitkan dalam Persidangan Parlimen baru-baru ini.

PAS Melaka merasakan sudah sampai masanya pihak kerajaan duduk berbincang dengan semua pihak berusaha menghentikan aktiviti judi atau sekurang-kurangnya beransur-ansur ke arah itu.

Dalam masa yang sama saya mengingatkan pihak pembangkang jangan manipulasikan isu ini atas dasar keuntungan politik semata-mata.

Isu judi ini sudah berlarutan sejak pemerintahan dahulu lagi termasuk pada zaman kerajaan Pakatan Harapan.

PAS Melaka yakin dengan keberadaan PAS di dalam kerajaan kita akan sentiasa berani membangkitkan isu-isu seumpama ini walau pun pahit, tidak seperti komponen Pakatan Harapan.

DATUK USTAZ KAMARUDIN SIDEK
Pesuruhjaya PAS Melaka
27 Sept ’21 | 19 Safar 1443

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.