Home Berita PAS Kelantan

Ibubapa, pelajar sambut baik suntikan vaksin

5
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KOTA BHARU, 23 Sept: Suntikan vaksin dalam kalangan pelajar sekolah bagi Tingkatan 4 dan 5 yang dilaksanakan sejak dua hari lalu diterima baik oleh pelajar dan ibu bapa.

Sehingga semalam, di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Tunjong telah menerima lebih 400 pelajar secara ‘walk in’ dan temujanji. Pelajar dari dua buah sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Salor dan Sekolah Menengah Kubang Kerian.

Majoriti mereka bersyukur kerana sesi persekolahan secara bersemuka akan dibuka tidak lama lagi dan alternatif vaksinasi ini adalah cara terbaik untuk melindungi diri daripada terkena jangkitan COVID-19.

Menurut Azrawazee Abdul Aziz, 46, walaupun risau dengan kesan sampingan suntikan vaksin kepada anak yang masih remaja, tetapi beliau lebih bimbang sekiranya anak beliau terkena jangkitan COVID-19, selebihnya beliau berserah kepada Allah.

Pelajar Sekolah Menengah Salor, Shahrul Aiman Shamsuri, 17, yang menerima suntikan dos pertama turut meluahkan rasa gembira dan teruja untuk menerima vaksin kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan kawan-kawan di sekolah dan melakukan aktiviti pembelajaran secara bersemuka nanti.

#KeArah80peratusImunitiKelompok