Home Berita PAS Kelantan

Program Outreach Suntikan Vaksin di Kuala Nal

10
SHARE
KUALA KRAI, 14 Jul: Program Outreach Suntikan Vaksin di Kuala Nal telah berlangsung di Masjid Kuala Nal, disini hari ini. Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman mengambil peluang melawat ke Program Outreach tersebut bersama ADUN Mengkebang, YB Muhammad Mat Sulaiman.
Program seumpama ini adalah yang keempat di laksanakan di Kuala Krai.
Abdul Latiff berkata, untuk Program Outreach di Kuala Nal kali ini, sebanyak 555 suntikan dos pertama dan 25 dos suntikan secara mobile dapat di selesaikan untuk penduduk Kuala Nal, Pasir Era, Lepan Pauh, Bedal dan Bukit Sireh.
“Keseluruhan suntikan di seluruh Kuala Krai setakat ini ialah 43,856 dos iaitu sebanyak 24,663 dos pertama manakala 19,193 untuk dos kedua”, katanya lagi.
Beliau berkeyakinan tinggi Parlimen Kuala Krai akan mencapai imuniti berkelompok sebagaimana sasaran yang dibuat oleh pihak kerajaan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.