Home Berita PAS Kelantan

Bantuan bekalan makanan di kawasan PKPD Lepan Kabu

13
SHARE
KUALA KRAI, 13 Jul: YB Abdul Latiff Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai, hari ini, bersama ADUN Manek Urai, YB.  Mohd Fauzi Abdullah dan ADUN Guchil, YB Hilmi Abdullah turun ke Ladang Lepan Kabu untuk menghantar bantuan bekalan makanan kepada penduduk yang terlibat dengan PKPD yang dilaksanakan sejak 5 Julai yang lalu.
Sebanyak 80 buah rumah merangkumi 355 penduduk terlibat dengan PKPD di sini.
Pada hari pertama PKPD dilaksanakan, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai (KRAiTiFF) telah menghantar bantuan buat kali pertama, disusuli dengan bahan basah keesokan harinya.
Pihak Pusat Khidmat ADUN Guchil pula telah menghantar bantuan pampers dan susu untuk keperluan kanak-kanak dan warga yang uzur. TeADUN Manek Urai juga telah turut sama menghantar sumbangan kepada frontliner yang bertugas.
Selain itu, bantuan daripada pelbagai pihak seperti Anak Pahi, Guru-guru SK Pahi dan lain-lain juga telah turut membantu bagi memastikan keperluan penduduk tidak terputus dalam tempoh PKPD sehingga 19 Julai akan datang.
Manakala, bagi  bantuan pada kali ini adalah melalui JKM yang disalurkan kepada semua penduduk terlibat.
Abdul Latiff mengambil kesempatan mengucapkan terima kepada semua yang terlibat di lapangan termasuk PDRM, tentera, APM, Rela serta kepada MDKK dan PTJKK.