Home Berita PAS Perlis

DPPNPs anjur Munajat Perdana

17
SHARE

Oleh NUR ‘IFFAH

ARAU, 15 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, akan mengadakan program Munajat Perdana Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis pada 16 Julai ini.

Menurut Ketua Sektor Pendidikan DPPNPs, Ustaz Asrul Aimran Abd. Jalil, program akan berlangsung secara maya pada jam 9.00 malam, menerusi platform Zoom.

“Mereka yang terlibat dengan program ini ialah barisan exco DPPNPs, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan guru-guru serta kakitangan PASTI dan SRITI negeri ini.

“Insya Allah, Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan akan hadir bagi menyampaikan taujihat pada program itu nanti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambah Asrul, matlamat utama munajat adalah untuk memohon kepada Allah SWT agar diangkat wabak covid-19 serta dipermudahkan seluruh urusan umat Islam dalam menghadapi ujian.

Program katanya, akan bermula dengan majlis bacaan Yaasin dan tahlil, diikuti dengan bacaan doa serta sesi ucapan dan taujihat.