Home Artikel PAS Kelantan

Program Outreach suntikan vaksin di Kampung Bahagia

14
SHARE
KUALA KRAI, 6 Jun: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman hari ini berkesempatan turun ke Kampung Bahagia untuk menghadiri Program Outreach Suntik Vaksin. Program ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Krai dan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai yang diadakan di Masjid Mukim Bahagia.
Seramai 400 orang yang berdaftar daripada Kampung Bahagia, Kampung Mambong dan kampung sekitar untuk program ini, namun kehadiran melebihi jumlah sasaran.
Keadaan ini merupakan satu perkembangan yang baik kerana ramai yang sudah sedar keperluan untuk mengambil suntikan vaksin.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesungguhan pihak PKD yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah Dr. Hazura Mat Zubir dan HSIP yang diketuai oleh Timbalan Pengarah HISP, Dr. Izhar Shah Aiseri dalam program hari ini.
Tidak ketinggalan YB Hilmi Abdullah Adun Guchil bersama pasukannya yang menjadi perantara kepada program ini, Pasukan Polis, Pasukan Bomba, Pejabat Tanah Kuala Krai serta Tok Ngulu Zul Bahagia dan masyarakat Kampung Bahagia, Kampung Mambong dan sekitarnya yang menjayakan program ini.