Home Artikel PAS Kelantan

Serahan akhir sumbangan Aid4Palestine Kuala Krai

10
SHARE
KUALA KRAI, 10 Jun: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman selaku YDP PAS Kawasan Kuala Krai telah menerima serahan akhir sumbangan #Aid4Palestine daripada Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi DUN atau wakil dalam Kawasan Kuala Krai.
Pada sebelah pagi, 30 Syawal 1442 beliau akan membuat serahan akhir kepada Sekretariat Aid4Palestine Negeri Kelantan secara maya yang akan diadakan pada jam 10.45 pagi.
Sumbangan yang telah diberikan secara tunai atau disalurkan melalui NGO Sejahtera Kuala Krai ini akan diserahkan sepenuhnya kepada #Aid4Palestine untuk membantu mereka yang tertindas di Palestin dan membebaskan Masjid Al-Aqsa.
Beliau bagi pihak Pas Kawasan Kuala Krai merakamkan ucapan terima kasih kepada semua para penyumbang, jentera parti bermula diperingkat cawangan, Majlis Tindakan DUN, dewan-dewan (Pemuda, Muslimat & Ulama’) peringkat kawasan, pimpinan Pas kawasan, pasukan media dan semua yang telah menjayakan program ini selama hampir sebulan ini.