Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Kesungguhan dan kewibawaan

34
SHARE

Daulat Tuanku!!

PAS Pulau Pinang mengecam tindakan untuk menjadikan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai sasaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menderhaka dan menjatuhkan Tuanku Sultan dari takhta atas kepentingan politik pihak tertentu.

Sehubungan dengan itu, PAS Pulau Pinang menyokong pendirian Naib Presiden PAS, YB Senator Ustaz Idris Ahmad untuk konsisten mempertahankan Institusi Diraja sebagai payung negara selaras Perlembagaan Persekutuan dan menyeru agar rakyat bersatu hati menjunjung titah Tuanku dan segala keputusan Baginda demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

PAS melihat kesungguhan dan kewibawaan Tuanku Sultan Abdullah sebagai ketua negara telah diterjemahkan dengan jaya apabila Baginda membenarkan pelaksanaan pentadbiran badan eksekutif mengikut kedaulatan undang-undang dalam menyelesaikan isu ancaman nyawa malah turut berharap kes-kes jenayah seperti pembunuhan pegawai bomba arwah Muhammad Adib juga turut mendapat perhatian Tuanku Sultan secara berterusan.

Justeru, PAS Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa kami konsisten dan bersungguh dalam mempertahankan kedudukan KDYMM Tuanku sebagai ketua negara dan Institusi Diraja selaras dengan rukun negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

Kami berharap agar rakyat Malaysia dan Pulau Pinang agar dapat menghayati dan menekuni setiap baik rukun negara demi membina negara yang stabil untuk generasi kini dan yang akan datang.

Menjunjung Kasih Tuanku.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

Ir. Ahmad Rafaei bin Dato Ir A Rashid
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia