Home Berita PAS Kelantan

PKP penuh, punca pendapatan keluarga terjejas – DUN Kota Lama

119
SHARE
KOTA BHARU, 4 Jul: Pusat Khidmat DUN Kota Lama hari ini mendapat perkhabaran terdapat ada anak mukim yang memerlukan bantuan dan terkesan akibat PKP penuh yang dilaksanakan diseluruh negara. Kesan dari pelaksanaan PKP tersebut, beliau kehilangan punca pendapatan bulanan serta bayaran sewa rumah dan sewa sewa kedai juga tertunggak.
Beliau yang tinggal bersama 5 orang cucunya amat memerlukan bantuan makanan mereka dan cuba mendapatkan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka. Penghulu Sabariah Jamaluddin (Penghulu Mukim Zon Kampung Dusun) bertindak segera dengan menziarahi anak mukim tersebut dengan membawa bantuan yang diperlukan.