Home Berita PAS Kelantan

ADUN Limbongan ziarah keluarga dalam keuzuran

10
SHARE
PASIR PUTEH, 4 Jul: YB ADUN Limbongan, Ustaz Mohd Nazlan menziarahi anak mukim yang keuzuran. Beliau bersama dengan penghulu menyantuni Tarmizi dan ibunya, Kak Ani yang keuzuran. Tarmizi merupakan pesakit diabetes dan mengalami komplikasi buah pinggang manakala ibunya keuzuran dan kedua mereka terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk memudahkan pergerakkan.
Beliau turut memberikan sedikit sumbangan yang diperlukan untuk rawatannya nanti.