Home Berita PAS Kelantan

Kad Laporan ‘Ghobok Makane’ Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai

4
SHARE
KUALA KRAI, 5 Jul: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai (KRAiTiFF) telah melaksanakan program ‘Ghobok Makane’ pada awal Jun baru-baru ini serentak dengan PKP penuh seluruh negara.
Sepanjang bulan Jun 2021 seramai 1,897 orang penerima telah menerima manfaat daripada program ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM90,692.00.
Sebanyak 39 stesen telah dibuka di seluruh Parlimen Kuala Krai. Terbuka kepada warga Kuala Krai yang memerlukan dengan datang sendiri ke stesen iaitu kediaman penghulu di kampung masing-masing.
Ada dikalangan penerima mengambil barang-barang yang diperlukan sahaja atau mengambilnya satu set sekaligus.
Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua sukarelawan, penghulu dan para petugas yang telah menggerakkan program ini.