KOTA BHARU, 24 Oktober: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECERDC) di Tingkat 11, Bangunan PKINK, baru-baru ini.
ECERDC diwakili oleh General Manager Agribusiness Division, Megat Shah Rizal Noor Ikhsan dan General Manager Kelantan Regional Office, Mohd Zaharuddin Mahmood.
ECERDC berperanan menyelia projek-projek pembangunan ekonomi di pantai timur agar berjalan dengan lancar.
Menurut Ab Aziz, pertemuan ini diadakan bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama strategik yang dapat dilaksanakan bersama PKINK pada masa akan datang.