Home Berita PAS Kelantan

Masyarakat India selesa menetap di Kelantan

269
SHARE

KOTA BHARU, 24 Oktober: Masyarakat India di Kelantan kini melahirkan rasa syukur kerana keselesaan berada di negeri bertuah negeri serambi mekah ini kerana masyarakatnya hidup aman damai dan harmoni tanpa ada gangguan daripada mana-mana pihak.

Bahkan, menurut Moham Raj Al Manimaran, 30, tahun yang menetap di Jalan Bayam Lorong Chica ini katanya mereka sekeluarga tidak pernah merasa terpinggir dan selesa hidup bersama dengan masyarakat melayu yang terkenal dengan sikap suka tolong menolong dan membantu sama lain.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan yang ada sekarang, kerana melayan kaum kami dengan layanan yang bagi kami adalah istimewa, malah sentiasa prihatin dalam membantu dan menjaga kebajikan masyarakat india terutamanya untuk sambut perayaan seperti hari ini,” katanya.

Sementara itu, R. Hareetaran, 32, pula berkata sambutan Deepavali pada tahun ini sangat bermakna bagi mereka sekeluarga kerana kehadiran cahaya mata sulung baru-baru ini menjadikan sambutan tahun ini bertambah ceria selepas kehilangan bapanya pada tahun lalu.

Terdahulu, tinjauan media Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan mendapati kebanyakan masyarakat India dalam Parlimen Kota Bharu merayakan sambutan Deepavali hari ini dalam suasana meriah dengan dihadiri kawan-kawan dari masyarakat Melayu dan Cina, malah turut berkunjung ke program-program yang telah dianjurkan kerajaan negeri.