Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Perutusan Takziah Atas Pemergian Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid

433
SHARE

Perutusan Takziah Atas Pemergian Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang tadi.

Bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar ini juga merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Pemergian Almarhum merupakan suatu kehilangan yang besar kepada negara kerana telah banyak menabur jasa sehingga dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” pada tahun 1978.

Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah, Ampunilah dia, berikanlah rahmat-Mu kepadanya,dan maafkanlah dia.

Islam Memperkukuh Perpaduan

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
15 Disember 2020 | 29 Rabiul Akhir 1442