Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 5 kes positif baharu di Jasin dan Alor Gajah

617
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 15 Dis : Lima kes positif baharu dikesan di seluruh Negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan, satu daripada kes itu dikesan di Mukim Sebatu Daerah Jasin daripada kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat kes positif (keluarga) berumur 27 tahun.

Kata laporan itu lagi, tiga lagi kes pula dikesan di Mukim Machap, Daerah Alor Gajah di mana dua daripadanya adalah jangkitan tempatan dan satu kes import B, saringan Depoh Tahanan Imigresen, berumur 27, 29 dan 34 tahun.

Satu lagi kes juga berlaku di Daerah Alor Gajah dari Mukim Ramuan China Kecil kes jangkitan import B saringan kesihatan bergejala kes dari lokasi berisiko (Kuala Lumpur) berumur 58 tahun, kata laporan itu.

Tambah laporan itu lagi sebanyak 45 kes masih dirawat di Hospital Melaka di mana satu kes di bawah rawatan ICU dan tiada kes sembuh baharu dilaporkan untuk hari ini.

Laporan itu juga menyatakan sepuluh mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu Mukim Machap (2 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Batu Berendam (1 kes), Bukit Piatu (3 kes), Kandang (4 kes), Klebang Kechil (1 kes), Tanjung Minyak (5 kes), Jasin (5 kes), Sebatu (1 kes) dan Selandar (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1772 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Kuala Lumpur mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 696 kes dan masih diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 503 kes.

Laporan itu juga menyatakan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis, Putrajaya dan Sarawak.