Home Artikel PAS Sarawak

PAS Gempur Daftar Pemilih Baharu

329
SHARE

Oleh: Aida Abdullah

Pusa, 13 Disember : Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri (JPrDMPN) Sarawak lancar gerak gempur daftar pemilih baharu di Kampung Pusa semalam.

Gerak gempur tersebut mensasarkan anak muda yang berusia 21 tahun dan ke atas bagi mendaftarkan mereka di samping memberi kesedaran tentang kewajipan mengundi kepada anak muda.

Pengarah JPrDMPN Sarawak, Dayangku Huda mengetuai gerak gempur bersama lima belas orang jentera halwa kawasan melakukan sesi daftar pemilih baharu di samping memastikan semua jentera mematuhi SOP KKM.

“Pendaftaran yang didominasi generasi muda ini menunjukkan mereka sedar akan kepentingan mendaftar sebagai pengundi sekaligus bertanggungjawab dalam memilih barisan pemimpin negara,” ujar beliau lagi.

JPrDMPN Sarawak berazam menjadikan gempur daftar pemilih agenda wajib dilaksanakan bagi memastikan kesedaran rakyat terhadap kepentingan mengundi terus kukuh.