Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan Sempena Menyambut Ramadan 1441H PAS Kawasan Masjid Tanah

754
SHARE

Bismillahhirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi’in dan seluruh para pejuang Islam sekalian.

Ramadan yang mulia muncul lagi. Di dalamnya menanti seribu satu ganjaran yang amat besar untuk direbut oleh seluruh umat Islam.

Sudah tentu Ramadan pada kali ini cukup menguji kita semua kerana terpaksa melaluinya dalam kesukaran mengharungi peperangan dengan wabak Covid-19. Tapi kita harus ingat bahawa kesukaran ini juga dihadapi oleh hampir semua manusia di seluruh dunia.

Harungi semua kesukaran ini dengan penuh ketabahan dan keinsafan. Sentiasalah kita berdoa dan mengharap bantuan Allah SWT.

Saya dan seluruh saff kepimpinan PAS Kawasan Masjid Tanah dalam kesempatan ini mengucapkan ‘Selamat Menyambut Ramadan Kareem’. Semoga kita dapat melaluinya dengan sempurna dan berjaya merebut ganjaranNya dengan cemerlang.

Andai, Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara…

USTAZ IMRAN ABD RAHMAN
Yang Dipertua PAS
Kawasan Masjid Tanah
Melaka Bandaraya Bersejarah



Wartawan Rakyat Melaka (WARM)