Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan PAS Kawasan Jasin Sempena Ramadan Al Mubarak 1441H

966
SHARE

Kami AJK PAS Kawasan Jasin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Kareem dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh rakyat Malaysia dan ahli-ahli PAS khususnya di kawasan Jasin dan yang beragama Islam amnya.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kita diberi peluang bertemu dengan bulan Ramadan tahun ini.

Bulan yang penuh keberkatan yang dijanjikan Rasulullah S.A.W, iaitu apabila sampai bulan Ramadan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bulan ini adalah bulan istimewa yang turunnya Al-Quran dan ada padanya malam terbaik di antara seribu malam iaitu malam Lailatul Qadar.

Walaupun Ramadan kali ini kita sambut sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana ini adalah Ramadan pertama kita tidak dapat solat terawih berjemaah di masjid dan surau.

Begitu juga dengan bazar Ramadan kita tidak dapat adakan seperti biasa disebabkan Virus Covid19.

Suasana ini memerlukan semangat dan kesabaran yang tinggi untuk kita hadapi. Alhamdulillah, kami yakin dengan ibadat puasa yang kita sedang lalui sekarang akan dapat melemahkan amarah kita sekali gus kekuatan roh dapat dibina.

Justeru, jadikanlah bulan Ramadan kali ini bulan Ramadan yang terbaik dalam hidup kita untuk merebut pahala yang berlipat ganda, manfaatkan masa bersama keluarga tercinta, dan mengambil ibrah kehidupan daripadanya.

Kami AJK PAS Kawasan Jasin mendoakan dipermudahkan dalam segala ibadah pada bulan Ramadan ini dengan sebaiknya.

Semoga virus Covid 19 dapat diatasi dengan bantuan Allah dan rahmatNya,kami berharap kepada semua umat Islam marilah kita bermunajat kepada Allah swt dengan meminta bantuannya sempena bulan yang mulia ini yang mana Allah janji kan segala doa tiada hijabnya dan In sha Allah kan diperkenan oleh Allah S.W.T.

Kami berharap kepada semua Warga Malaysia dapat mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan oleh MKN dan kerajaan.

Kita memahami bahawa ramai yang terkesan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan. Tetapi semua ini perlu dilakukan, demi kebaikan bersama.

Bagi mereka yang berkemampuan, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, marilah kita membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Dengan adanya kemajuan teknologi maklumat ketika ini, segalanya boleh kita lakukan dari rumah, seperti menunaikan zakat fitrah, memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan melalui badan-badan kebajikan, badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain lagi.

Mereka yang ingin menyumbang ‘Kit Dapur Ramadan’ kepada asnaf bolehlah melalui PAS Kawasan Jasin di akaun:

Bank Islam –BIMB 04033010002988

Segala sumbangan boleh menghubungi:

Tuan Hj Mohd Diah Bin Haji Md Katas
019-664 5105. (Bendahari PAS Jasin)

Semoga amal ibadah kita dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.

Akhir kata, sekali lagi kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan Al-mubarak.

Semoga Ibadah puasa pada tahun ini lebih sempurna daripada tahun-tahun yang terdahulu.

Sekian dari kami AJK PAS Kawasan Jasin.



Wartawan Rakyat Melaka (WARM)