Home Artikel PAS Melaka

PAS JPrD Machap Anjur Program Ziarah Kasih Ramadan 1441H.

310
SHARE

Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali

ALOR GAJAH : Jabatan Pilihanraya PAS Dun (JPrD) Machap telah mengadakan satu program ‘Ziarah Kasih Ramadan’ khusus kepada golongan ibu-ibu tunggal di Kampung Permai, Machap Baru pagi tadi.

Di dalam program itu pihak JPrD Machap telah menyampaikan sedikit sumbangan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan 1441H ini kepada golongan ibu-ibu tunggal ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin bersama Pengarah JprD Machap, Ustaz Mohd Ridzuan Jamaan dan beberapa orang petugas parti yang turut sama membantu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)