Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Perutusan Maal Hijrah 1442

1103
SHARE

Perutusan Maal Hijrah 1442

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1442H kepada seluruh umat Islam khususnya di bumi Malaysia.

Peristiwa Hijrah adalah satu sejarah penting dalam Islam yang membawa mesej pengajaran yang sangat bermakna dari generasi terdahulu sehingga kini.

Antara hikmah terbesar daripada perintah Hijrah ialah penyatuan ummah. Semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh kaum Ansar yang menyambut baik kedatangan kaum Muhajirin telah menguatkan lagi risalah dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ketika itu. Sehingga berjaya membangunkan Kerajaan Islam Madinah.

Keadilan yang dibawa oleh Islam dapat dirasai oleh semua bangsa tanpa mengira warna kulit.

Bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu “Ummah Rabbani Negara Harmoni”, PAS menyeru kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya para pemimpin agar menghayati dan mempraktikkan kepimpinan melalui teladan Rasulullah SAW yang berjaya menerapkan nilai ubudiyyah kepada umat Islam sekaligus membentuk sebuah negara yang hidup harmoni walaupun memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Salam Maal Hijrah 1442

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
20 Ogos 2020 | 1 Muharram 1442