Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Program Dialog dan Hitea jalinkan ukhuwah OKU dan LKKP Malaysia

390
SHARE

 

 

KUALA PILAH : Program Dialog dan Hitea anjuran LKKP Negeri Sembilan yang diketuai Haji Ishak Omar berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Majlis dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Rafiei Mustapha hari di Laman Gentam.

Menyahut saranan LKKP Pusat, LKK PAS Negeri Sembilan merupakan negeri ke 3 membuat pelancaran Sekretariat Prihatin OKU dan LKK PAS Kuala Pilah ke 5 menubuhkan UPAYA Kuala Pilah.

Seterusnya, Ustaz Mohamad Faizal Che Yusof, Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU Malaysia merasmikan pelancaran tersebut dalam program Dialog dan Hitea tersebut.

Kemeriahan terasa pabila melihat lebih 100 orang hadir di dalam majlis tersebut yang pada asalnya perancangan hanya sasarkan 40 orang sahaja.

Terdapat pameran daripada beberapa NGO yang turut hadir.

Semua LKK Kawasan di Negeri Sembilan juga berjaya menghantar peserta ke program tersebut.

Para petugas Unit Amal dan Brigade Muslimat bertungkus lumus memastikan setiap jemputan diberi layanan sebaiknya.

Di samping itu, mereka juga mengedarkan dan menyampaikan makanan kepada semua peserta di tempat duduk.

Para peserta kemudian berdialog dan melontarkan pelbagai soalan Kepada panel jemputan.

Usai berdialog, seramai 30 orang OKU menerima sumbangan Bakul makanan daripada LKK PAS Negeri Sembilan dan Parlimen Kuala Pilah serta baju daripada pihak Laman Gentam sendiri.

Usaha perlu dipergiat pelbagai pihak bagi menyantuni saudara kita khasnya Orang Kelainan Upaya (OKU) dan menyalurkan bantuan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh KUU PAS Kuala Pilah, Ustaz Suhaimi Ahmad.

Turut hadir, TPJ PAS Negeri Sembilan, Haji Hassan Mohamad, wakil Bersatu, Puan Amrina dan AJKnya, OKU Fizikal Negeri Sembilan, Prihatin PD, Persatuan anak-anak istimewa (PERKISS dan Persatuan Kebajikan Sahabat Tahfiz Kuala Pilah.

KUALA PILAH : Program Dialog dan Hitea anjuran LKKP Negeri Sembilan yang diketuai Haji Ishak Omar berjaya dilaksanakan…

Posted by Lajnah Kebajikan PAS Negeri Sembilan on Wednesday, August 19, 2020