Home Artikel PAS Sabah

PERUTUSAN AWAL MUHARRAM YDP PAS SANDAKAN.

368
SHARE

“Sesungguh bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab), itulah (ketetapan) agama yang lurus.” (at-Taubah : 36)

Alhamdulillah, kita sudah bertemu Bulan Muharram menandakan kita berada di tahun Hijrah yang baru.

Banyak sirah yang boleh kita ambil iktibar sempena Awal Muharram terutama Kisah Hijrah Umat Islam dari Kota Mekah ke Madinah.

Penghijrahan untuk menjadi lebih baik bermula dari diri kita sendiri juga tindakan yang perlu kita ambil untuk kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.

Sehubungan itu, dalam suasana PRN Sabah ini saya mengambil kesempatan untuk berpesan agar kita memilih pemimpin dan parti yang boleh membela rakyat.

Berhijrahlah daripada memberi sokongan kepada kumpulan yang menolak Islam kepada kumpulan yang mahu Islam didaulatkan.

Akhir kalam, mewakili saff kepimpinan PAS Kawasan Sandakan, saya mengucapkan Salam Awal Muharram Tahun 1442H kepada seluruh umat Islam khususnya Warga Sandakan.

Sekian, terima kasih.

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

Tulus Ikhlas,
SAHAR ABDUL MAJID,
Yang Dipertua PAS Sandakan,
Merangkap Timbalan Pesuruhjaya I
PAS Negeri Sabah.