Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan Aidiladha PAS Kawasan Masjid Tanah

11
SHARE

Aidiladha yang mulia kini menjelma lagi dalam keadaan kita masih lagi berjuang mengharungi hidup dalam kesukaran berdepan Covid-19 semenjak dari tahun lepas lagi.

Namun begitu di dalam kesukaran ini umat Islam tetap menjalankan ibadah ini sedaya yang mampu dalam kekangan dan peraturan ketat yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia demi melindungi kita daripada wabak merbahaya ini.

Sebenarnya kesukaran ini merupakan ujian yang diturunkan oleh Allah swt untuk melihat siapa di antara kita yang kekal taat dan melaksanakan tuntutan ibadah ini walau pun dalam keadaan penuh kesukaran.

Lagi tinggi kesukaran yang dilalui oleh seseorang hamba itu lebih tinggi pahala dan ganjaran yang diberi oleh Allah. Itulah yang berlaku apabila kita berniaga dengan Allah swt yang tidak akan rugi dan sentiasa untung.

Seperti firman Allah SWT :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

(Surah As-Saff ayat 10-11)

Ingatlah bahawa mereka yang mengharungi ujian kesusahan ini dengan sabar dan reda, ganjarannya amat besar.

Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa dan warga PAS Kawasan Masjid Tanah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam terutama kepada seluruh warga Masjid Tanah yang beragama Islam.

Semoga kita semua dapat melalui ibadah ini dengan penuh sempurna dan sabar dan semoga segala amalan kita ini diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh.

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
• Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah
• Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka

19 Julai 2021 | 9 Zulhijjah 1442H
#IslamMemperkukuhPerpaduan