Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 9 keluarga – JAMK Ampang

9
SHARE

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Ampang | Aktiviti Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) diteruskan lagi pada kali ini dengan seramai 9 orang penerima yang telah diluluskan permohonan mereka oleh jawatankuasa Program AD4C. Hala ini menjadikan jumlah penerima setakat 8 hari pertama bulan Julai ini sebanyak 35 buah keluarga.
Penyerahan kit bantuan makanan asas pada kali telah dilaksanakan oleh 4 anggota JAMKA iaitu Timbalan Komandan JAMKA Tuan Haji Mohamad Fadzil dan dibantu oleh Sdr Mohamad Mirza, Cikgu Nik Izmi Effendy dan Captain Zainan.
Memetik kenyataan JAMK Ampang, bantuan telah disampaikan di beberapa buah kawasan perumahan bermula dari Lembah Jaya hingga ke Pandan dan Cheras dan sebanyak 3 buah keluarga yang mempunyai anak kecil telah menerima bantuan makanan serta bantuan susu serta pampers.
JAMK Ampang memaklumkan bahawa, setiap permohonan yang diterima akan diselidik oleh Jawatankuasa Program AD4C dan maklumat permohonan yang tidak lengkap akan mereka ketepikan sehingga ianya lengkap. Ini bagi mengelak kejadian penipuan dan sebagainya kerana pihak mereka sendiri telah banyak mengalaminya.
JAMK Ampang menceritakan tentang sebuah kejadian, di mana 3 permohonan, datang daripada alamat yang sama dan bila diselidiki permohonan tersebut, ia datang daripada si ayah, si ibu dan juga si anak yang memohon. Mereka ini telah menerima dan mengumpul banyak bantuan barang makanan dan masih memohon daripada setiap saluran bantuan yang mereka boleh dapatkan.
Sambung mereka, ada juga yang memohon beberapa kali menggunakan nama dan alamat jiran tetangga tapi memberi no telefon sendiri (kebiasaan di rumah bertingkat) ini kerana pada kebiasaanya bantuan akan diserahkan dibawah rumah bukannya di depan pintu rumah mereka.
Terdapat juga permohonan yang dibuat secara suka-suka hanya kerana alamat rumah berstatus flat atau pangsapuri walaupun pendapatan mereka langsung tidak terjejas kerana masih bekerja dari rumah dan menerima gaji penuh melebih RM4000.00 sebulan.
JAMK Ampang berkelakuan berhati-hati seperti ini bukannya kerana kedekut atau berkira, sebaliknya bantuan yang diberikan adalah terhad kerana dananya juga terhad. Jika diberikan kepada yang bukan berhak, bagaimana dengan yang lebih berhak.

“Adalah tidak munasabah bagi sebuah rumah di bawah 850 kaki persegi mempunyai caj semasa bil elektrik sehingga melebihi RM200.00 sebulan. Di waktu pendamik ini jika berada dalam kesusahan maka penghawa dingin bukanlah satu keperluan. Memohon bantuan berharga RM50 -RM80 hanya untuk meneruskan pengguna penghawa dingin dan sebagainya yang bukan keperluan adalah tidak adil bagi mereka yang lain”, jelas JAMK Ampang.

Jika anda tidak memerlukan bantuan, JAMK Ampang memohon sangat agar tidak mencuba mengambil hak daripada mereka yang benar-benar memerlukan dan kepada yang ingin menyumbangkan kepada mereka yang memerlukan boleh berbuat demikian ke akaun berikut:-

No Akaun: 8604437662
Nama: JAM AMPANG VENTURES
Bank: CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor