Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kepada keluarga yang terputus sumber pendapatan – Naib KP PAS Selangor

22
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Ramai di kalangan kita menyesuaikan diri dengan cara bekerja dan menjalani kehidupan baru di ambang Covid-19. Sambil kita berjuang menangani pandemik ini, terdapat banyak komuniti di Malaysia yang masih memerlukan bantuan, sumbangan dan pertolongan sukarelawan.

Berikutan peningkatan penduduk yang memerlukan bantuan, semakin banyak pertubuhan kebajikan yang hidup seperti Syabab Care Malaysia, bertujuan membanteras kesusahan rakyat.

Syabab Care Malaysia diwakili Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar menyatakan, Team Syabab Care telah menyampaikan sumbangan kepada 4 buah keluarga yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Menurut beliau, bersimpati dengan masalah yang menimpa, jiran mereka ada memohon bantuan sumbangan daripada pihak Syabab Care untuk membantu jiran mereka yang memerlukan. Team Syabab Care segera membantu sediakan barangan keperluan harian. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi.

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor