Home SKIMPAS

Perunding SKIMPAS Meninggal Dunia: Salam Takziah

327
SHARE

Perunding SKIMPAS Meninggal Dunia: Salam Takziah

Perunding SKIMPAS (PSK) Bentong, Abdul Muzir bin Samsudin yang juga Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Negeri Pahang telah meninggal dunia pada waktu Maghrib semalam, 16 November akibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Beliau meninggalkan seorang balu bersama 7 orang anak. Allahyarham terkenal dengan seorang yang sangat aktif melaksanakan kerja-kerja kebajikan sesuai dengan jawatan yang dipegang.

Sesungguhnya kematian datang tanpa diduga, ianya menjadi peringatan bersama buat kita semua terutama penggerak kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) agar sentiasa beriltizam untuk terus melakukan kerja-kerja dakwah dan kebajikan tanpa mengira masa dan keadaan.

Pengarah SKIMPAS Pusat, Abdul Razak Mohamed telah menyampaikan sedikit sumbangan pendahuluan kepada keluarga Allahyarham sementara menunggu manfaat tuntutan caruman SKIMPAS sebanyak RM10,000.

Pihak kami dengan rendah hati mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga atas ujian ini, semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Di samping itu, kami mengambil kesempatan untuk mengajak semua ahli PAS untuk mencarum bersama SKIMPAS. Sebagai salah satu persediaan sekiranya berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diduga.