Home Berita PAS Johor

Mersing kawasan paling ramai pencarum SkimPAS – Jubri Selamat

145
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Kluang : Mersing merupakan kawasan yang mempunyai pencarum paling ramai dalam Negeri Johor dengan jumlah sebnyak 286 orang pencarum setakat tahun ini.

Demikian dikatakan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Johor, Jubri Selamat dalam program Penerangan SkimPAS di Pejabat PAS Kawasan Sembrong pada 21 Jun yang lalu.

Tambah Jubri, ahli PAS boleh mencarum melalui perunding SkimPAS di kawasan masing-masing.

“Kalau boleh setiap kawasan kita mengharapkan ada seorang perunding SkimPAS (PSK) dan jika kawasan itu tiada perunding, boleh menghubungi perunding di kawasan lain buat sementara waktu.

“Syarat untuk menjadi perunding SkimPAS adalah perlu menjadi pencarum SkimPAS, kemudian mengisi borang untuk menjadi perunding, menghadiri kursus dan perlu menduduki peperiksaan.” ujar beliau.

Kulai menjadi kawasan kedua jumlah pencarum tertinggi iaitu 176 orang pencarum, seterusnya Pasir Gudang (174), Pontian (133), Batu Pahat (105), Bakri (104) dan Sri Gading (102). manakala kawasan-kawasan lain mempunyai jumlah pencarum kurang dari 100 orang.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor, Ustaz Azlisham Azahar serta Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Johor, Khairul Anuar Ahmad Kamil.

“Sebelum ini peringatan untuk memperbaharui caruman diperingatkan oleh perunding kawasan masing-masing disebabkan tarikh tamat caruman semua pencarum adalah pada 31 Mac setiap tahun.

“Tetapi bermula tahun ini, setiap pencarum akan mendapat emel ataupun mesej peringatan dari SkimPAS sendiri untuk perbaharui caruman kerana setiap pencarum berbeza-beza tarikh tamat tempoh carumannya”- katanya.