Home Berita PAS Kelantan

Persiapan Program ‘Outreach’ Vaksinasi Covid-19 DUN Pengkalan Kubor

15
SHARE
PENGKALAN KUBOR, 10 Jul: Program ‘Outreach’ Vaksinasi Covid-19 bagi DUN Pengkalan Kubor akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong, Tumpat yang bermula pagi esok. Program yang dibakal berlangsung selama 3 hari iaitu 11 Julai sehingga 13 Julai 2021 ini, akan melibatkan seramai 600 orang penerima vaksin.
ADUN Pengkalan Kubor, YB Ustan Wan Roslan turun meninjau kerja-kerja persiapan tempat vaksinasi tersebut oleh petugas-petugas serta sukarelawan Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor, petang ini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada para petugas dan sukarelawan tersebut dalam melancarkan persiapan tempat vaksinasi tersebut.