Home Berita PAS Kelantan

Bantuan Bakul Makanan #PeMulih Parlimen Kuala Krai ke Manek Urai dan Dabong

14
SHARE
KUALA KRAI, 11 Jul: Parlimen Kuala Krai hari ini mengedarkan Bantuan Bakul Makanan #PeMulih kepada DUN Manek Urai dan DUN Dabong. Bakul Makanan #PeMulih ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Malaysia kepada seluruh parlimen di Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi setiap parlimen untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff bersama #PasukanKraitiff bergerak ke DUN Manek Urai dan DUN Dabong untuk penghantaran bakul makanan #PeMulih tersebut.
Beliau dan rombongan disambut oleh YB Mohd Fauzi Abdullah, ADUN Manek Urai manakala di Dabong, ADUN Dabong, YB Ustaz Ku Mohd Zaki menerima sumbangan tersebut. Turut hadir ialah penghulu dan kakitangan pusat khidmat masing-masing.
Beliau berharap bantuan ini akan memberi manfaat di samping bantuan sedia ada Kraitiff seperti “Ghobok Makane” dan “Bantuan Kuarantin” yang akan berjalan seperti biasa.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan dan keihsanan beliau. Beliau turut menyeru kepada warga Kuala Krai yang terkesan dan perlukan bantuan boleh berhubung dengan penghulu masing-masing.