Home Berita PAS Kelantan

AKSB: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh bagi membantu siasatan SPRM

46
SHARE
Kenyataan Media
Pejabat Menteri Besar Kelantan
AKSB: Kerajaan Negeri Kelantan Bagi Kerjasama Penuh Bagi Membantu Siasatan SPRM
YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan mengambil perhatian sepenuhnya berikutan penahanan bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan pegawai AKSB bagi membantu siasatan kes rasuah yang melibatkan projek AKSB bernilai lebih RM27 juta.
Kerajaan Negeri Kelantan akan memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya melalui AKSB kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada.
Dalam pada itu, prinsip ‘tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah’ perlulah sentiasa dipegang dan semua pihak hendaklah memberi kepercayaan penuh kepada siasatan yang sedang dibuat oleh SPRM dan tidak mendahului SPRM dalam hal ini.
Mohd Asri Mat Daud
Setiausaha Politik
Menteri Besar Kelantan
29 Zulkaedah 1442
10 Julai 2021