Home Artikel PAS Kelantan

Peratusan rakyat Kelantan patuh SOP membanggakan

8
SHARE
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KOTA BHARU, 10 Jun: Secara umumnya statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan melaporkan pematuhan rakyat Kelantan kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 1 hingga 6 Jun lalu sepanjang tempoh ‘Total Lockdown’ adalah membanggakan.
Berdasarkan statistik tersebut, dapat disimpulkan bahawa rakyat negeri ini sangat mematuhi penguatkuasaan undang-undang pada minggu pertama walaupun terpaksa berdepan situasi yang mencabar.
Peratusan pematuhan kepada SOP PKP mengikut setiap daerah melepasi 90 peratus dengan pencapaian tertinggi 97 peratus diperolehi oleh Pasir Mas.
Diikuti Jeli dan Tanah Merah yang merekodkan 96 peratus manakala Tumpat, Gua Musang, Machang, Bachok dan Pasir Puteh pula beroleh 95 peratus serta Kuala Krai 94 peratus.
Sementara itu, 90 peratus sahaja penduduk Kota Bharu berjaya mematuhi SOP yang ditetapkan.