Home Artikel PAS Kelantan

RM450,000 untuk ‘JACK’, Asnaf segera

7
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
KOTA BHARU, 10 Jun: Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan RM450,000 bagi menjayakan projek Jejak Amal COVID-19 Komuniti (JACK) yang melibatkan “asnaf segera” yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, peruntukan RM10,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diagihkan melalui 45 Pusat Khidmat DUN bermula Jun hingga Julai ini.
“Krisis pandemik telah mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi penyebab rakyat menjadi asnaf segera akibat hilang pendapatan dan pekerjaan atau pun perniagaan merosot sedangkan mereka bukan golongan asnaf penerima bantuan bulanan daripada pihak berwajib”, katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Taklimat Jejak Amal Covid19 Komuniti menerusi platform online zoom kepada semua Ahli Jawatankuasa Skuad Kita Cakna (SKC) di pejabatnya, baru-baru ini.
200 asnaf segera dalam kalangan pekerja bergaji harian (ada kerja ada gaji) namun tidak dapat bekerja disebabkan PKP seperti pemandu lori, buruh kasar, tukang rumah dan peniaga yang terpaksa menangguhkan urusan perniagaan atau terjejas teruk disebabkan PKP serta hilang pekerjaan atau diberhentikan kerja, dipilih untuk menerima bakul makanan keperluan asas di setiap DUN agar tiada golongan tercicir daripada mendapat bantuan. #ViraliyatBerita9pg