Home Artikel PAS Kelantan

350 warga Istana Kelantan terima suntikan vaksin

8
SHARE
Oleh CHE MAZIAH MAT
KOTA BHARU, 10 Jun: Seramai 350 pegawai dan kakitangan serta keluarga warga istana Kelantan telah menerima suntikan vaksin yang berlangsung di Istana Balai Besar, pagi tadi.
Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan yang dijalankan ini adalah hasil kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.
Dengan adanya kesedaran menyambut baik program seperti ini, mampu merealisasikan hasrat Kerajaan Malaysia supaya semua rakyat dapat dilindungi daripada jangkitan wabak COVID-19 demi kesejahteraan semua.